Monday, May 20, 2024
HomeBERITAUsahanita bantu suntik semangat usahawan wanita luar bandar hadapi impak pandemik Covid-19

Usahanita bantu suntik semangat usahawan wanita luar bandar hadapi impak pandemik Covid-19

KUALALUMPUR, 7 Disember – Usahawan wanita di luar bandar mempunyai satu lagi saluran untuk pemulihan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menerusi Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB yang dilancarkan hari ini, platform khas itu disediakan bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, Kementerian telah memperkenalkan program DesaMall@KPLB bagi membantu golongan
berkenaan memasarkan produk secara atas talian.

Inisiatif itu adalah strategi dibawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan DalamTalian.” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perintis
Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB disini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun serta Pengarah Urusan V5, Datuk Mohd Syafiq Abdullah.

KPLB kata Mahdzir, mengambil serius perkembangan dan pembangunan usahawan luar bandar khususnya dalam aspek pemasaran produk mereka secara atas talian yang kini menjadi saluran sangat berkesan.

Usahawan di luar bandar tegas beliau, perlu mengambil peluang pemasaran secara digital itu dan tidak boleh ketinggalan dalam meluaskan pasaran produk mereka.

“Penjenamaan dan pemasaran secara digital bukan sahaja boleh dimanfaatkan di dalam negara, malah melangkau pasaran seluruh dunia yang mampu dicapai menerusi platform atas talian.

“Penjenamaan itu amat penting untuk membina nilai percaya pembeli terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Kadangkala orang membeli bukan kerana faktor jenama semata-mata, tetapi kerana mereka ingin mengguna dan memerlukan produk itu.

“Jadi di sinilah pentingnya penjenamaan dan pendigitalan produk usahawan. Walaupun mereka berada di luar bandar, tetapi jualan produknya boleh menembusi pasaran dunia.”

Tambah Mahdzir, dalam fasa pemulihan kesan pandemik Covid-19 ini, sudah tiba masanya usahawan luar bandar bangkit semula dengan memperkasakan penjenamaan dan pendigitalan produk keluaran mereka sekaligus memulihkan ekonomi dan pendapatan mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB, boleh hubungi talian 03-41313041 atau layari laman sesawang
www.usanita.com.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments