Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAUmum gencatan politik, UMNO terus dokong kerajaan PN - Zahid Hamidi

Umum gencatan politik, UMNO terus dokong kerajaan PN – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pendirian akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi perhatian seterusnya memastikan agenda menangani wabak COVID-19 diutamakan.

Dalam satu kenyataan media beliau berkata, UMNO berpendirian melakukan gencatan politik demi memastikan agenda membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani.

“UMNO juga akan mendokong Kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

“Semua kepimpinan parti yang berada dalam kabinet ketika ini diarah memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik COVID-19.

“Kerjasama semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara,” memetik kenyataan beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments