‘UMNO tak pernah bincang letak Zahidi Hamidi calon PM’ – Tok Det

0

PUTRAJAYA, 26 Septemberi – UMNO tidak pernah membincangkan untuk meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri (PM) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini telah memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘Poster Boy’ dan calon PM ke-10 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.

“Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah poster boy dan calon PM selepas PRU15.

“Saya sebagai Naib Presiden parti mengatakan tidak pernah ada mesyuarat (bagi perbincangan Ahmad Zahid sebagai PM).”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Semenanjung Malaysia ke-2 di sini hari ini.

Datuk Seri Mahdzir diminta mengulas kenyataan tular di media sosial bahawa Ahmad Zahid akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas PRU15 selain mendakwa perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat MKT UMNO pada 30 September ini.

Tegas Datuk Seri Mahdzir, penularan berita berkenaan adalah perbuatan pihak yang cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO pihak tertentu dengan niat tidak baik.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply