Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAUMNO pecat Lokman Adam

UMNO pecat Lokman Adam

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Lokman Noor Adam hari ini membuat pengakuan bertulis bahawa beliau telah dipecat dari keahlian parti UMNO.

“Saya dimaklumkan bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli UMNO melalui proses undi angkat tangan yang tidak sepatutnya mengambil kira undian pengerusi-pengerusi Perhubungan yang bukan MT”

“Saya redho dengan tindakan Zahid ini, namun saya tetap setia kepada UMNO.

“Saya akan meneruskan perjuangan saya menentang Pakatan Harapan dan talibarut musuh didalam UMNO melalui sebuah NGO laskar siber Malaysia,” tulis beliau di laman Facebooknya.

Beliau juga berkata akan memohon semula menjadi ahli UMNO sekiranya Dato’ Seri Mohd Najib kembali menjadi Presiden UMNO

“In sya Allah, bila Dato’ Sri Najib kembali menjadi Presiden UMNO, saya akan memohon semula menjadi ahli UMNO,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa kesan melalui kritikan kerasnya berkaitan perbincangan ‘pintu belakang’ yang dilakukan oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi untuk bekerjasama sekaligus membentuk kerajaan bersama Tun Dr Mahathir telah berjaya digagalkan.

“Apa yang penting, rancangan Zahid memaksa 3.7 juta ahli UMNO untuk mengangkat Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Nasional telah gagal”

Datuk Lokman Noor Adam dipercayai dipecat dari UMNO ekoran pendedahan rakaman suara Presiden UMNO dalam satu mesyuarat tertutup.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pernah menegur dan berkata, tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkenaan mendedahkan rahsia parti kepada umum adalah salah dan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, menghebahkan perkara yang diperkatakan oleh Presiden UMNO dalam mesyuarat tertutup seolah-olah cuba memanipulasi pelbagai isu dan situasi yang boleh mencetuskan kebimbangan ahli di peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zakarshi mempertikai prosedur Lokman dipecat. Menurut beliau, pemecatan harus mengikut syor Lembaga Disiplin, bukan dari syor Biro Politik.

“Dato Lokman Adam hari ini dipecat sebagai ahli UMNO atas syor Biro Politik bukan atas syor Lembaga Disiplin. Apa fungsi Lembaga Disiplin? Kenapa Hishamuddin Hussien On tidak dikenakan tindakan sama. Tidakkah perbuatan beliau mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Tun M tanpa memaklumkan MKT dan Presiden UMNO adalah melanggar disiplin parti. Ia juga tidak menghormati institusi Presiden. Bukan kerana mahu mempertahankan Lokman tetapi tindakan mestilah adil dan jangan selektif. Apa pun saya telah menyuarakan pendirian saya ini dalam MKT. Tapi GAGAL” dakwa Dr Puad Zakarshi di laman facebook beliau. –THE MALAYA POST


*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments