Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAUMNO Ketereh lulus usul sokong Ismail Sabri PM-10 apabila BN bentuk Kerajaan...

UMNO Ketereh lulus usul sokong Ismail Sabri PM-10 apabila BN bentuk Kerajaan pasca PRU-15

KOTA BHARU, 14 Oktober – Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Ketereh sebulat suara meluluskan usul memberi sokongan penuh kepada, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia selepas PRU ke-15.

Memetik satu kenyataan media UMNO Bahagian Ketereh, usul tersebut dibacakan dalam mesyuarat yang dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

“Mensyukuri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO telah mendapat mandat parti dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Menyedari bahawa MKT UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO telah bersetuju sebulat suara untuk memutuskan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-10 apabila BN membentuk Kerajaan pasca PRU-15.
maka UMNO Bahagian Ketereh yang bersidang pada tarikh 14 Oktober, 2022 membuat ketetapan bersetuju dan menyokong penuh dengan keputusan MKT DAN PAU untuk terus menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia selepas PRU ke 15,” memetik kenyataan media itu.

Selain itu, UMNO Bahagian Ketereh juga menyokong segala usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang memberikan keutamaan kepada usaha transformasi Kerajaan khususnya transformasi Parlimen, peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi Negara, menangani inflasi dan kos sara hidup rakyat, melindungi kedaulatan Negara, membela nasib rakyat serta mengekalkan keamanan dan perpaduan Keluarga Malaysia  berteraskan prinsip kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran.

UMNO Bahagian Ketereh turut merakamkan ucapan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri yang telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi yang cemerlang.

Memetik kenyataan itu lagi, UMNO Bahagian Ketereh juga menyokong supaya perundingan penyatuan ummh diteruskan dengan UMNO kekal mengambil sikap terbuka untuk merealisasikan Penyatuan Melayu bagi menghadapi Pilihanrya Umum kali ini.

Dalam pada itu UMNO Bahagian Ketereh telah menyatakan kesediaan mereka pada peringkat Jentera Pilihnraya UMNO Parlimen Ketereh untuk menghadapi Pilihanraya kali ke 15 dengan semangat juang tinggi, bersetia kepada parti dan berkhidmat bersama komponen and friends of Barisan Nasional untuk memenangkn parti dalam PRU kali ini.

UMNO Bahagian Ketereh yang bersidangan pada siang tadi pada Jumaat 14 Oktober, 2022.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments