Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAUMNO Kedah yakin ahlinya kekal beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

UMNO Kedah yakin ahlinya kekal beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

ALOR SETAR, 3 Julai – UMNO Kedah yakin ahli-ahlinya masih kekal dengan semangat parti dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kehilangan sokongan ahli UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu yang kini dilihat sudah semakin reda.

“Pada saya, ahli UMNO masih lagi kekal dengan semangat parti. Kalau tengok kepada jumlah undi yang ada itu, maknanya kita tetap ada deposit daripada situ.

Cumanya waktu itu (PRU15) ada persepsi menyebabkan ada yang beralih angin, tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri Kedah dan Penyerahan KPI DUN Bersama Pengarah Koordinasi Pilihan Raya UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah berkata, sokongan pengundi yang hilang sebelum ini juga akan berpatah balik kepada BN-PH pada PRN kali ini.

“Mereka akan berpatah balik cuma sebesar mana jumlah yang patah balik itu hanya pengundi tahu,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan tinjauan, peralihan sokongan itu sudah pun bermula setelah berakhirnya PRU15.

“Lagipun rakyat Kedah sudah cerdik bukan orang tertentu sahaja cerdik rakyat pun cerdik jadi kita beri peluang kepada rakyat”.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, pola pengundian pada PRN kali ini juga mungkin ada perubahan untuk memperkemaskan pentadbiran.

“Semasa PRU15, semua orang berlumba-lumba membentuk kerajaan Persekutuan tetapi kini kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih utuh, tidak kira apa yang berlaku (dalam pilihan raya negeri) kerajaan Persekutuan kekal.

Jadi, rakyat sedar keperluan untuk mengharmonikan kerajaan negeri dan Persekutuan. Ini mungkin satu pertimbangan yang akan diambil kira oleh pengundi pada pilihan raya negeri,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments