Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAUMNO-BN sokong Pelan Pemulihan Negara, tolak undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

UMNO-BN sokong Pelan Pemulihan Negara, tolak undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Ahli-ahli parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional sebulat suara menolak usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya dikemukakan dalam Sidang Parlimen akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ke semua ahli Parlimen UMNO-BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh Kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, menteri-menteri dan timbalan menteri BN.

“Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang telah diadakan pada 16 Jun 2021 lalu berhubung keperluan mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin serta memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

“Selaras dengan itu, Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN bersetuju agar Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan. Kami amat mengharapkan sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik COVID-19. Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan.

“Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh Kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara”, katanya dalam satu kenyataan bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, menteri-menteri dan timbalan menteri BN kepada The Malaya Post.

Tambah beliau, menteri serta timbalan menteri daripada parti UMNO-BN akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan COVID-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

Apa yang pasti keutamaan jelas beliau ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments