Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAUbat nyamuk viral beracun masih berleluasa di pasaran

Ubat nyamuk viral beracun masih berleluasa di pasaran

Laman media sosial kini menjadi platform utama para peniaga memasarkan produk jualan mereka.

Melalui kaedah ini juga produk yang menjadi trending atau viral pasti akan ‘laku keras’ tanpa disedari adakah ianya selamat digunakan atau sebaliknya.

Baru baru ini tular sejenis ubat nyamuk yang dikatakan cukup berkesan membunuh nyamuk dengan pantas.

Melalui perkongsian di laman kesihatan popular, Public Health Malaysia (PHM) mendedahkan pencarian jenama produk terbabit TIDAK BERDAFTAR  dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP).

“Jangan berani untuk gunakan produk tidak berdaftar secara sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan beracun yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan khususnya kanak kanak.

Ubat nyamuk Zenden Micro-Smoke yang diimport dari China contohnya dikesan mengandungi bahan Class 1A carcinogen yang boleh menyebabkan kanser,” kongsi laman PHM berkenaan.

PHM juga menyenaraikan jenama ubat nyamuk terlarang yang masih dijual di laman belian online terkenal, Shoppee.

“Begitu juga dengan Tian Hong Mosquitos Coil, Lengen Mocro-Smoke 12 Hours, Jianbao Mosquito Coil yang masih dijual secara berleluasa di Shopee.

Mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” ujar PHM lanjut.

Marahkan Nyamuk, Kesihatan Tergadai…

Kepada para pengguna, kita perlu bijak memilih dan sentiasa berwaspada ya. Janganlah mudah terpedaya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments