Saturday, July 13, 2024
HomeBERITATya Arifin mohon peminat doa agar terus kekal berhijab

Tya Arifin mohon peminat doa agar terus kekal berhijab

Menjengah ke laman Instagram pelakon Tya Arifin sejak kebelakangan ini dilihat sering berkongsi beberapa foto dirinya mengenakan hijab.

Penampilan terbaru pelakon kelahiran Indonesia ini mendapat respon positif dan sokongan yang baik dari warganet yang turut menyukai perhijrahannya.

Menurut Tya, hatinya mula terdetik untuk memakai hijab pada 2 Februari lalu dan baginya sekarang dia masih dalam fasa belajar dan proses memperbaiki diri.

View this post on Instagram

Belakangan ini ramai sekali yang bertanya dan ianya juga mendoakan Tya, alhamdulillah terimakasih banyak kepada semua keluarga, kawan, rakan media dan followers Tya yang mendoakan kebaikan untuk Tya. Baik, disini Tya hendak berbagi sedikit cerita. Pada satu pagi 2 February, Sebelum keluar rumah, Tya terdetik untuk mengenakan Hijab. Tanpa sebarang persiapan, Tya just decide untuk cuba pakai Hijab. Tya bgtau Asyraf ‘B jangan post ya gambar i ni kerana i belum ready’, tapi Asyraf tersenyum lebar sambil mengucapkan Alhamdulillah. Sebenarnya, Asyraf, & Prof Muhaya sudah bagi hint pada Tya untuk sempurnakan pakaian Tya. Tapi Tya masih belajar, & Tya masih dalam process untuk memperbaiki diri. Karna bagi Tya, perubahan ini harus muncul dari diri sendiri dulu. Alhamdulliah, Allah bagi Tya kekuatan, & keluarga juga support keputusan Tya untuk bertudung. Malah orang sekeliling juga sangat support Tya & Tya bersyukur sangat. Misi Tya adalah untuk membantu ramai wanita di luar sana, & Impian Tya sama Asyraf sangat besar, jadi Tya harus lakukan segala perintah Allah & tinggalkan segala larangan Allah, mudah mudahan, Allah redha dengan segala yang Tya lakukan. Tya juga bersyukur pada Allah kerana telah memberi Tya segala-gala nikmat di Dunia. Tya ada Keluarga yang baik, perniagaan Mutyara yang baik & sedang berkembang dengan sangat laju, jadi Tya nak perbaiki diri untuk lebih baik. Allah sudah sangat baik pada Tya. Tya minta, semua doakan Tya kekal Istiqomah, & untuk Tya & keluarga lebih success dan maju lagi untuk ke depan ini. Terima kasih kepada semua yang dah support Tya. I love you all! -Tya Arifin- (1/3)

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Ibu kepada dua orang anak ini juga tidak putus-putus meluahkan rasa syukur kepada keluarga, orang sekeliling serta pengikut di Instagram kerana telah menyokong dirinya berhijab.

View this post on Instagram

Dah lama tak selfie❤️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Bahkan, pelakon dan usahawan ini turut meminta serta berharap peminat terus mendoakan agar dirinya kekal dan beristiqomah dengan niat baiknya ini.

Tya yang juga menantu kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah mendirikan rumah tangga bersama Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Lima tahun usia perkahwinan itu mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 3 tahun dan Azzahra Jiwa, 9 bulan.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments