Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITA“Tutup tingkap, bersama terus menentang”, Naim Daniel ajak masyarakat terus jayakan Perintah...

“Tutup tingkap, bersama terus menentang”, Naim Daniel ajak masyarakat terus jayakan Perintah Kawalan Pergerakan

Jika beberapa hari lalu kami kongsikan Dato’ Seri Siti Nurhaliza menukar bait-bait lirik dalam lagu 7 Nasihat sebagai pesanan buat rakyat Malaysia dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini kami kongsikan mengenai penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Naim Daniel.

Naim Daniel memuatnaik entri di laman Instagramnya memaparkan satu perkongsian video anime pendek bersama nyanyiannya.

Antara bait-bait lirik yang dinyanyikan olehnya, “tutup tingkap, bersama terus menentang”.

“Tutup semua tingkap penjuru. Ku akan menemani gelapmu. Jangan takut, aku ‘kan menunggu. Bila “mereka” datang menyerang. Kita bersama, terus menentang. ‘Kan sedia di depan belakang” tulis Naim.

Nampaknya dalam tempoh PKP ini ramai penyanyi sempat memikirkan cara mempromosikan arahan kerajaan dan pihak berkuasa dalam usaha memutuskan pandemik COVID-19.

Tahniah Naim Daniel atas usaha anda!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments