Friday, July 26, 2024
HomePOLITIKTun Dr. Mahathir sedia lepaskan jawatan jika Majlis Presiden PH mahu

Tun Dr. Mahathir sedia lepaskan jawatan jika Majlis Presiden PH mahu

Umum tahu, sejak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, Malaysia tidak pernah sunyi dengan suara sumbang yang mendesak Perdana Menteri untuk melakukan peralihan kuasa kepada Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Lebih mengejutkan gesaan itu disuarakan oleh individu yang datangnya dari keluarga PH sendiri.

Ironinya sehingga ke detik ini, tiada seorang pun daripada pimpinan tertinggi PH menyatakan gesaan itu secara berdepan.

Hari ini di satu sidang media Tun Dr Mahathir telah secara terbuka menyatakan beliau sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta-merta jika Majlis Presiden Pakatan Harapan PH) mahu beliau berbuat demikian.

Beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Perkara ini (peralihan kuasa) akan diputuskan apabila empat parti bersama (dalam Majlis Presiden PH) sama ada mereka mahu saya pergi (serah jawatan) atau sebaliknya.

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi sekarang, saya akan pergi sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa wakil rakyat daripada PKR yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen, Subang Wong Chen dalam satu forum malam tadi berkata, kesamaran tarikh peralihan kuasa menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana tidak pasti dengan masa depan politik negara.

Beliau turut berpendapat bahawa dengan peralihan kuasa secepat mungkin akan membolehkan Anwar mempunyai lebih masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH.

Namun apa yang menjadi persoalan kini, adakah kesemua pemimpin keempat-empat gabungan parti PH akan bersifat “gentlement” atau sekadar membaling batu sorok tangan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments