Sunday, May 19, 2024
HomeBERITATulisan Jawi adalah satu cabang seni, mengapa perlu ada perasaan takut -...

Tulisan Jawi adalah satu cabang seni, mengapa perlu ada perasaan takut – Ellie Suriaty

Wakil NGO Melayu Gelombang Rakyat Malaysia, Ellie Suriaty kini tampil bersuara di Kongres Jawi Kebangsaan di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya, Selangor berhubung isu yang dibangkitkan sesetengah pihak berkenaan tulisan jawi.

Menurut pelakon veteran dan pengarah, Ellie Suriaty, tulisan Jawi adalah satu cabang seni jadi mengapa perlu ada perasaan takut dengan tulisan Jawi.

Beliau turut menegaskan bahawa tulisan Jawi yang diajarkan kepada para pelajar tidak akan dimasukkan ke dalam silibus peperiksaan disamping tiada paksaan untuk belajar tulisan berkenaan.

Ellie turut menjelaskan mengenai kebimbangan orang bukan Islam berkaitan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di dalam pelaksaan pelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, ianya adalah bagi memastikan tiada kesalahan berlaku terhadap tulisan tersebut yang bentuknya diambil daripada Bahasa Arab.

Menurut Ellie, tulisan Jawi merupakan satu kaligrafi dan ianya adalah satu bentuk seni yang boleh dipelajari oleh semua.

Tambah Ellie lagi, tulisan Jawi sudah memang sedia ada termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana tulisan Jawi ini juga merupakan Bahasa Melayu.

“Tulisan Jawi juga merupakan tulisan yang diguna pakai sebelum penggunaan tulisan rumi.

“Ia termaktub dalam Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Jawi Kebangsaan di sini hari ini,” ujarnya.

Ellie yang hadir bersama beberapa wakil Majlis Perundingan Melayu (MPM) hadir sebagai pemerhati di kongres terbabit.

Dalam pada itu, dia turut melahirkan rasa puas hati kerana cadangannya untuk mengadakan dialog dengan kumpulan pembantah tulisan Jawi diterima baik oleh Sekretariat Seni Khat Action Team (SEKAT) yang juga penganjur Kongres Jawi Kebangsaan.

Tambah Ellie lagi, jika terdapat sebarang kesilapan maklumat mahupun pemahaman, ianya boleh dijelaskan ketika dialog berkenaan.

Namun begitu, tarikh dialog masih belum ditetapkan tetapi menurut Ellie, pihaknya akan terus mengadakan dialog bersama SEKAT (Sekretariat Seni Khat Action Team) selepas ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments