Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Rina Harun menyatakan kerajaan tidak akan membayar elaun kepada jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di lima negeri yang dikuasai pihak pembangkang iaitu, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
“Jawatankuasa MPKK ditubuhkan kerajaan negeri dikuasai pembangkang kurang berkesan menyalurkan maklumat dasar kerajaan pusat kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.
Sehubungan itu, kerajaan pusat memutuskan akan menghentikan segala kos pembayaran elaun kepada pengerusi, setiausaha, elaun pengendalian mesyuarat, elaun kehadiran mesyuarat dan geran aktiviti.
Tambah beliau, tindakan menghentikan pembayaran itu sejajar dengan dengan penubuhan MPKKP yang baru awal bulan lalu.
“Penubuhan MPKKP di lima negeri dikuasai pembangkang diputuskan pada mesyuarat jemaah menteri pada Oktober lalu bertujuan memantapkan struktur pentadbiran,” katanya. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply