Friday, November 20, 2026
HomeBERITATragedi KRI Nanggala 402 : PM ucap takziah kepada Presiden dan seluruh...

Tragedi KRI Nanggala 402 : PM ucap takziah kepada Presiden dan seluruh rakyat Indonesia

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan seluruh rakyat republik itu susulan tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402.

Beliau yang mewakili rakyat Malaysia turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga 53 anak kapal KRI Nanggala 402 dalam menempuh dugaan ini.

“Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajar yang diperlukan kepada Republik Indonesia dalam menghadapi waktu genting ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan utara Bali, telah tenggelam.

Lapor media, Panglima TNI, Hadi Tjahjanto berkata, tanda isyarat tenggelam bagi KRI Nanggala 402 diisytiharkan selepas operasi pencarian dilakukan selama 72 jam.

KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang di perairan utara Bali sejak Rabu lalu.

Kapal selam buatan Jerman itu membawa 53 anak kapal dilaporkan terputus hubungan selepas melakukan latihan torpedo.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments