Di Singapura orang ramai mula membuat pembelian topeng muka dan ianya habis terjual dalam masa satu jam sahaja.
Justeru itu, Menteri Pembangunan Kebangsaan Singapura Lawrence Wong, mengeluarkan kenyataan bahawa pemakaian topeng muka tidak memberi perlindungan secara automatik daripada jangkitan coronavirus (2019-nCoV) yang berpunca di Wuhan, China.
Sejak sembilan hari lalu, lebih lima juta topeng muka yang dibekalkan kepada peruncit dibeli dalam masa yang singkat.
Tambah beliau, pemakaian topeng dengan cara yang salah juga tidak menjamin keselamatan para pengguna.
Oleh itu, para pengguna harus mengetahui cara pemakaian yang betul kerana perkara ini sangat dititikberatkan oleh pakar perubatan.
Virus ini tersebar melalui sentuhan, maka jika anda memegang sesuatu di tempat awam, pastikan anda tidak menyentuh bahagian muka dan basuh tangan sekerap mungkin.
Beliau yang juga pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai kementerian menangani penyebaran coronavirus Wuhan, menjelaskan bahawa topeng muka hanya berkesan dipakai mereka yang kurang sihat untuk mengelak menjangkiti orang lain, bukan sebaliknya.
Tambah beliau lagi, topeng muka tidak memberi perlindungan automatik terhadap virus, maka ianya tidak perlu dipakai oleh orang yang sihat ketika melakukan tugas harian.
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply