Penggunaan bedak asas cecair sangat sinonim dan sesuai dengan cuaca negara kita.
Tahukah anda, cara aplikasi ‘liquid foundation’ ini adalah berbeza mengikut jenis kulit.
Penting untuk kita tahu dan memilih cara paling sesuai agar dapat melitupi kekurangan dan tahan lebih lama.
Jom kami kongsi tips aplikasi bedak asas mengikut jenis kulit anda.
1. Kulit normal dan berminyak
Gunakan berus Kabuki. Ia memberi coverage yang bagus sambil melicinkan lapisan bedak asas pada kulit agar tampak lebih semulajadi.
2. Kulit berjerawat dan berparut
Guna span beauty blender kerana ia dapat melitupi cela.
3. Kulit kering
Berus leper lebih sesuai untuk kulit kering kerana memudahkan aplikasi semasa anda menggunakan bedak asas.
Tips tambahan : Penggunaan jari memberi hasil litupan atau coverage yang nipis dan sederhana. Pastikan bedak asas betul-betul rata.
Jangan lupa aplikasi ‘skin prep’ atau regim penjagaan asas kulit dan juga krim pelindung uv. Ini adalah asas kepada tatarias yang cantik dan tahan lama.
Semoga bermanfaat.
Jom cantik! 💄💋
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply