Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITATips mudah kekal sihat tanpa pembaziran

Tips mudah kekal sihat tanpa pembaziran

Dalam menunaikan ibadah puasa, selain dari bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberi, kita juga akan belajar mengenal erti kesusahan dan kesempitan hidup orang lain.

Pada bulan Ramadan, perbanyakkanlah bersedekah dan beramal ibadat kerana ganjaran pahala yang akan diterima adalah berlipat kali ganda.
Elakkan pembaziran dan berlebih-lebihan ketika berbuka puasa sekaligus ianya tidak baik untuk kesihatan.

Berpuasa dapat membersihkan dan merehatkan sistem penghadaman dan mampu mengurangkan berat badan.

Akan tetapi jika kita tidak mengawal jumlah pemakanan yang diambil semasa berbuka puasa, usaha menahan nafsu makan dan minum hanya sia-sia malah bertambah kilogram pula nanti.

Disini kami titipkan ‘tip’ mudah agar kita kekal sihat tanpa pembaziran.

1. Rancang makanan anda.

Rancang dan pilih apakah jenis masakan pada hari berkenaan. Tidak perlu terlalu banyak pilihannya sehingga penuh satu meja.

Juga pastikan jumlah kadar yang disediakan memadai untuk anda sekeluarga berbuka dan bersahur. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran.

Dengan cara ini juga mampu mengawal diri dari mengambil makanan berlebihan dari keperluan, sekali gus mangawal berat badan.

2. Makanan berserat tinggi.

Jangan abaikan makanan yang sihat dan berkhasiat. Walaupun kita mahu meraikan setelah seharian menahan lapar dahaga, pastikan kita tidak terpengaruh dan cenderung memilih makanan tidak sihat dan mendatangkan kemudaratan.

Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Cubalah kurangkan makanan yang tinggi kalori dan karbohidrat.

3. Kurangkan manisan.

Air manis memang disukai ramai. Tambahan pula jika ditambah ais, wah bergelas-gelas air diteguk!

Begitu juga pencuci mulut, kalau boleh mahu segala jenis kuih muih dan bubur dihidangkan.

Kurangkan ya! Sudah diketahui makanan tinggi gula tidak baik untuk kesihatan, malahan akan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis.

Air kosong ditambah lemon juga dapat menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan setelah seharian berpuasa.

4. Senaman ringan.

Setelah mengambil kira dan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, jangan culas bersenam ya.

Pilih senaman yang kita enjoy untuk dipraktikkan, sama ada bersukan bersama keluarga, zumba dengan rentak lagu ceria mahupun aktiviti berenang.

Jangan pilih senaman sukar dan tidak disukai. Dikhuatiri hangat-hangat tahi ayam saja nanti.

5. Jaga berat badan.

Lebaran yang akan menjelma kurang dari sebulan saja. Pasti kita mahu kelihatan cantik dan menawan pada hari terbabit. Jadi, jagalah pemakanan anda. Jangan terlalu ikut nafsu lapar.

Pastikan anda menimbang berat badan satu hingga dua kali seminggu.

6. Yakin boleh!

Kuatkan semangat.
Elakkan pembaziran. Bersederhana.
Jaga pemakanan dan bersenam.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments