Tips basmi kuman dalam mesin basuh

0

Mesin basuh adalah di antara kelengkapan wajib yang perlu ada pada setiap kediaman.

Selain memudahkan kerja dan menjimatkan masa, penggunaan mesin basuh juga dapat meringankan tugasan para suri rumahtangga, malah kebersihan pakaian juga terjamin.

Namun, tahukah anda di dalam mesin basuh adalah tempat bakteria berkumpul!

Jom baca tips dan perkongsian kami bagaimana mahu membasmi kuman dalam mesin basuh.

Jika anda mempunyai masa hujung minggu ini, boleh luangkan masa untuk membilas mesin basuh anda dengan cecair peluntur dan air panas.

Kuman yang ada pada kain kotor anda sebenarnya masih bersarang di dalam mesin basuh ya.

Persekitaran yang lembab dan gelap menyebabkan bakteria dan kulat hidup berkoloni dalam mesin basuh.

Pencemaran kuman ini akan dipindahkan pada pakaian anda yang lain pula.

Walaupun jarang menyebabkan jangkitan penyakit, ada baiknya rutin ini dilakukan untuk kebersihan dan kesihatan seisi rumah.

Untuk penggunaan mesin basuh di rumah, pembersihan ini boleh dilakukan sekali setiap bulan.

Bagi kedai dobi pula diharapkan boleh mempraktikkan tips mudah ini dengan lebih kerap. Mungkin seminggu sekali!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply