Monday, May 20, 2024
HomeBERITATinggalkan kerjaya di awan biru demi perniagaan bakeri

Tinggalkan kerjaya di awan biru demi perniagaan bakeri

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Inilah pepatah paling sesuai buat wanita bernama Zety Zarina Salehuddin ini.

 

Siapa sangka, ianya bermula dengan sekadar memenuhi minat ketika kelapangan dan melengkapkan hidangan  santapan keluarga, serta hasil bancuhan adunan biskut dan kek cawan yang disajikan kepada jiran tetangga juga kenalan menjadi buah mulut seterusnya mula menerima permintaan tempahan.

Bertitik tolak dari situ, ibu kepada tiga anak ini mulai serius untuk menjadikan bisnes menjual produk makanan sebagai sumber pendapatan utama.

Bermula secara sambilan pada tahun 2004 dan setahun kemudian wanita ini terus mengorak langkah menambah produk jualan seperti kek, cream puff, dan bermacam-macam jenis makanan lain.

https://www.instagram.com/p/CFzOs2zgdlY/?igshid=1eg6z9qw18zm2

Dek memenuhi permintaan tinggi saban waktu, Zetty kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai seorang  pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Dia yang mula berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional itu pada tahun 1996 mengambil keputusan untuk baralih bidang pada tahun 2011 iaitu selepas hampir 15 tahun berada di awan biru.

Walaupun sedih kerana melepaskan pekerjaan yang sudah sebati dalam diri, Zetty yakin dengan keputusannya disamping mendapat sokongan padu suami tercinta pasti akan membuahkan hasil yang baik dikemudian hari.

Zetty tidak menoleh lagi dan terus berusaha mengukuhkan perniagaannya.

Lihatlah, pelanggan Zetty kini selain keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga, masakannya turut menjadi pilihan utama juga pelanggan tetapnya ialah kenalan di kalangan selebriti iaitu Datin Arianie (isteri penyanyi Dato’ Hattan) , penyanyi dan pelakon Zarul, penyanyi Azian Mazwan Sapuan dan ramai lagi.

https://www.instagram.com/p/B_KDrehAt-C/?igshid=1ieax8jox34y

Begitu juga pelanggan di kalangan para VIP Dato yang sentiasa menempah pencuci mulut dari Zetty sebagai hidangan di majlis keraian mereka.

Ditambah pula promosi berterusan, pemilihan bahan-bahan premium, penjagaan kualiti dan keenakan produk maka semakin bertambahlah pelanggannya.

Tahniah Zetty Zarina. Semoga Zetty terus berjaya pada masa hadapan.

Semoga perkongsian kami ini menjadi inspirasi buat anda di luar sana yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Sesungguhnya, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Paling penting, jangan putus asa, teruskan berusaha????????✌????

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments