Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITATindakan tegas terhadap penjualan topeng muka dan T-Shirt berlogo PDRM dan ATM...

Tindakan tegas terhadap penjualan topeng muka dan T-Shirt berlogo PDRM dan ATM Op Penawar 2020

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan menegaskan agar orang ramai tidak melakukan sebarang penjualan topeng muka serta T-shirt berlogo PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Op Penawar 2020 seperti yang tular di laman media sosial.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang mencuba mengambil kesempatan dalam situasi sekarang dengan mempromosikan barangan yang mempunyai lambang keselamatan tanpa kebenaran.

Kegiatan terbabit jelas menyalahi undang-undang dan PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas serta mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Sekiranya kegiatan ini masih berterusan, tindakan di bawah Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 akan dikenakan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya.

Tindakan ini juga boleh diambil dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Malah denda RM1,000 akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan seterusnya jika perbuatan itu diteruskan selepas pensabitan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3137742229569396&id=161086313901684

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments