Setiap wanita pasti akan mengalami ‘period pain’ dan akan melalui keadaan yang kurang selesa lebih-lebih lagi apabila menghadapinya ketika berada di dalam penerbangan mengambil masa yang panjang.
Seperti perkongsian Wendy Ngg di laman Twitternya yang telah mendapat layanan baik dari krew sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang bertindak tangkas membantunya ketika mengalami sakit ketika datang haid.
Please rt until @AirAsia see this. Spread the kindness ❤️ pic.twitter.com/OaFfywgzHh
— When-Deeeee (@wendyyynggg) January 23, 2020
Menurutnya, sebelum pesawat itu berlepas dia sudah berada dalam kesakitan (major period pain).
Kemudiannya sepasang suami isteri yang berada di sebelahnya yang mungkin tersedar dengan ketidakselesaan dirinya telah memanggil krew yang bertugas.
Tidak lama kemudian, krew tersebut telah menghantar kepadanya (Wendy) segelas air panas, panadol dan satu botol air panas untuk dituamkan pada perutnya.
Kemudiannya beberapa krew sentiasa bertanya keadaannya atau perlukan apa apa bantuan.
Wendy berkata itu merupakan kali pertama dalam pengalamannya, dia mendapat bantuan mesra dan layanan yang baik sepanjang beberapa kali menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang.
“Thank you to cabin crew on duty for AK5327 on 23/01/2020. You guys made my day and made my journey back home to celebrate CNY a memorable one❤” tulis Wendy.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari pihak penerbangan Air Asia dan salah seorang pekerja telah meninggalkan komen pada perkongsian itu.

–THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply