Thursday, June 13, 2024
HomeBERITATiket keretapi sempena Aidiladha mula dijual

Tiket keretapi sempena Aidiladha mula dijual

Penjualan tiket balik kampung sempena Aidiladha Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dibuka serentak disemua stesen serta pembelian dalam talian (online) bermula hari ini (11 Julai).

Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad ‘Asri Khalbi memaklumkan penjualan tiket bagi perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan Antarabandar adalah bagi perjalanan yang akan bermula pada 15 Julai sehingga 30 September tahun ini.

“Sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan ditawarkan sempena musim balik kampung melibatkan perjalanan di antara 29 Julai hingga 3 Ogos.

“Manakala, sebanyak 18 perkhidmatan Antarabandar juga ditawarkan khusus bagi para penumpang yang ingin pulang ke pelbagai destinasi di selatan dan Pantai Timur Semenanjung,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menyarankan para pengguna agar membuat pembelian tiket lebih awal bagi menempah seleksi tempat duduk yang diingini disamping dapat menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda.

KENYATAAN MEDIATIKET RAYA MULA DIJUAL MULAI ESOKSila rujuk kenyataan media dibawah untuk makluman lebih lanjut.#KTMB #ETS #Komuter #Intercity #SkyparkLink #KTMKargo

Posted by KTM Berhad on Friday, 10 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments