Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATidak streotaip, PU Azman tampil berbeza menerusi filem Petaka

Tidak streotaip, PU Azman tampil berbeza menerusi filem Petaka

Siapa yang tidak kenal akan penceramah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 38 tahun.

Mula dikenali ramai setelah dinobatkan sebagai juara program realiti Islamik, Pencetus Ummah musim kedua pada tahun 2014.

Beliau kini bergerak aktif sebagai penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan juga pelakon.

Antara filem, drama dan rancangan televisyen yang pernah diterajuinya ialah drama bersiri Tanah Kubur, Ustaz Baru Nak Start, Ustaz Evo The Movie, Iman Hakiki, Bila Hati Dah Hitam, Geng Tadarus, Lelaki Kiriman Tuhan, Sweet Dreams, Cerita Dalam Kain, Salam Squad 2.0, Tanya Cik Man, Belaian Kasih, Jawapan Panas Awesome, Salam Baitullah, Usraz Evo dan Jozan Live.

Terkini, PU Azman akan muncul dalam sebuah filem berjudul Petaka.

Sedikit petikan tentang filem berkenaan, “keburukan yang dikambing hitamkan untuk kepentingan sendiri yang akhirnya membawa petaka kepada orang lain yang tidak bersalah”.

Menarik…
Genre filem Islamik ini sudah tentu amat sesuai dengan personalitinya.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram @puazmanofficial, dilaporkan filem terbabit dijangka akan berada di layar perak pada Disember depan.

Untuk rekod, PU Azman  berkelulusan Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan dan pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan tinggal di Rantau, Negeri Sembilan.

Peminat cerita seram ini pernah memasang impian untuk menjadi  hos televisyen, pelakon dan pembaca berita.

Nampak gaya, sudah tercapai cita-cita ustaz tu. Semoga PU Azman berjaya dalam semua bidang yang diceburi dan menjadi contoh serta panduan baik buat pengikutnya.

Semoga terus berjaya PU Azman!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments