Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITATidak selamat! Masak lemang dalam tin minuman bertindak balas dengan bahan kimia

Tidak selamat! Masak lemang dalam tin minuman bertindak balas dengan bahan kimia

Walaupun baru masuk minggu pertama Ramadhan, para ibu dan isteri sudah sibuk memuat naik status pelbagai jenis kuih raya “home made” di laman media sosial masing-masing.

Baru-baru ini tular di laman Facebook seorang individu yang berkongsi cara mudah memasak lemang hanya mengunakan tin minuman.

Wah, nampaknya ramai yang tidak sabar untuk menyambut hari raya ‘special’ tahun ini ya!

Namun dalam keterujaan dan keseronokan memasak, orang ramai diingatkan agar sentiasa menitikberatkan serta mengamalkan keselamatan makanan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memandang serius berhubung isu penggunaan tin minuman sebagai pengganti batang buluh untuk memasak lemang seperti tular di platform media sosial sebelum ini.

Penggunaan semula tin minuman untuk memasak makanan adalah tidak selamat digunakan kerana berisiko tinggi berlakunya pencemaran kimia pada makanan.

Ini kerana bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu yang panas dan ia akan menyebabkan makanan tercemar dengan bahan kimia yang berlebihan.

Jika masakan tidak menjadi ia masih boleh di post di dalam group Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ tetapi kalau masakan tidak selamat ianya boleh membahayakan kesihatan!

Justeru, para ibu dan isteri diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan ahli keluarga tersayang.

Ingat ya, jangan masak lemang dalam tin minuman!

Selamat Berpuasa semua.

Baru je masuk bulan puasa tapi ramai dah tak sabar nak makan lemang. Beberapa hari lepas, ada ternampak orang kongsi…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 27 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments