Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITA“Tidak pernah paksa kahwin dan meminta wang dari Safawi Rashid”, Syifa Melvin...

“Tidak pernah paksa kahwin dan meminta wang dari Safawi Rashid”, Syifa Melvin tampil pertahan diri.

Luahan terbuka Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail mengenai teman wanita kepada salah seorang pemain bola JDT menjadi teka-teki dan tanda tanya ramai siapakah gerangan yang dimaksudkan baginda.

Susulan status TMJ berkenaan, ia mula viral dan diperkatakan ramai khususnya di laman media sosial, pelakon Syifa Melvin yang pada awalnya memilih untuk mendiamkan diri, kini tampil memberikan penjelasan.

Menyedari hal itu ditujukan kepadanya, pelakon cantik molek ini menafikan segala fitnah yang dilontarkan terhadapnya.

Syifa menyatakan, dia tidak pernah sesekali meminta wang daripada teman lelakinya, Safawi Rashid yang juga dikenali sebagai pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

View this post on Instagram

I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i taktau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yg menghentam.. let me spill the tea ☕️ . . .ive been working my ass off cari duit sendiri tidur xckup apatah lagi rehat xcukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri,tak pernah sekali mintak duit “Dia” utk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.. . . . .Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.. . . . .Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa xpernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Taktau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima Kasih kepada yg komen maki,hina atau puji.. Syifa doakan korang jgn melatah dengan apa yang korang baca,yg mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt💕

A post shared by #KunciCintaAbadi (@syifamelvin) on

Malah katanya, selama ini dia berkerja keras sehingga tidak cukup rehat dan tidur mencari wang untuk menyara dan menampung diri sendiri.

Pelakon yang juga dikenali sebagai pengacara dan model ini turut menegaskan bahawa tiada istilah dipaksa kahwin di antara hubungannya dan Safawi.

Menurut Syifa, 26, prestasi pemain bola terjejas di atas padang merupakan perkara yang berbeza dengan isu peribadi dan soal ini tidak berkait seperti berita yang digembar-gemburkan itu.

Syifa atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata bahkan selama ini dia sentiasa mendoakan dan memberi sokongan yang baik buat teman lelakinya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments