Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITATidak dibenarkan solat di luar masjid

Tidak dibenarkan solat di luar masjid

Dilaporkan terdapat sebuah masjid luar dari Wilayah Persekutuan, yang jemaahnya sembahyang di luar kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid.

Namun SOP telah dikeluarkan, nama-nama yang tidak terdapat dalam senarai jemaah tidak perlu ke masjid untuk sembahyang di luar pintu masjid.

Untuk rekod, kebenaran telah diberikan kepada pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat sunat terawih serta solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dan ianya berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 14 Mei 2020 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kira-kira 25 masjid dan 30 buah surau telah melaksanakan solat Jumaat dan secara keseluruhannya hampir kesemua masjid dan surau telah mematuhi SOP yang ditetapkan seperti menghadkan bilangan jemaah yang tidak melebihi 30 orang.

Antara SOP yang telah ditetapkan ialah, pemakaian topeng muka, penggunaan ‘hand sanitizer’, penjarakkan sosial, ditandakan tempat bersolat dalam kawasan masjid, pemeriksaan suhu badan dan juga pendaftaran kehadiran.

Selain itu, Menteri Kanan Keselamatan turut mengulas isu yang bertebaran di laman media sosial apabila pengamal media gagal mematuhi SOP penjarakkan sosial ketika membuat liputan.

Dalam pada itu, beliau memohon agar pengamal media mematuhi SOP yang disarankan termasuk penjarakkan sosial.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments