Friday, November 20, 2026
HomeBERITATidak dibenarkan penjualan pandu lalu serta tempah dan ambil, DBKL anjur E-Iftar

Tidak dibenarkan penjualan pandu lalu serta tempah dan ambil, DBKL anjur E-Iftar

Sebarang penjualan sama ada gerai atau bazar Ramadan, pandu lalu (drive thru),tempah dan ambil (pack and pick) tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian COVID-19 (Non Health) sebentar tadi berkata Kementerian Wilayah melalui DBKL telah mengutarakan tentang perancangan mereka untuk mewujudkan E-Iftar iaitu gerai-gerai yang dibuka berkaitan dengan penjualan kuih muih dan lauk pauk sepanjang bulan Ramadan.

“Jadi mesyuarat hari ini telah pun memutuskan bahawa sebarang bentuk gerai untuk bazar Ramadan termasuk di dalam bentuk pandu lalu (drive thru) ataupun tempah dan ambil (pack and pick) adalah tidak dibenarkan,” ujar beliau.

SEBARANG BENTUK GERAI ATAU BAZAR RAMADHAN SAMA ADA UNTUK PANDU LALU SERTA TEMPAH DAN AMBIL TIDAK AKAN DIBENARKAN…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 16 April 2020

Beliau turut menegaskan sektor perkilangan hanya boleh beroperasi setelah mendapat kelulusan dan persetujuan daripada pihak Ministry International Trade and Industry (MITI).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments