Tiada sekatan jalan raya rentas negeri bermula esok

0

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menarik balik Sekatan Jalan Raya Rentas sempadan negeri bermula esok (10 Jun).

Ini selaras dengan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan dan pemantauan masih berjalan seperti biasa kelmarin.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Twitter MINDEF, sejumlah 3,860 Pasukan Pematuhan telah melaksankan pemantauan melibatkan 18,666 anggota.

Sebanyak 73,206 pemeriksaan telah dilaksanakan kelmarin bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PDRM turut mengenakan 134 Sekatan Jalan Raya Rentas sempadan negeri di seluruh negara dan hasilnya mereka telah memeriksa 188,804 buah kenderaan.

Dalam pada itu, PDRM telah menahan serta mereman 94 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB.

Pihak polis turut mengeluarkan kompaun ke atas 77 individu dengan pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB termasuk tujuh kompaun di Sekatan Jalan Raya.

Walaupun aktiviti merentas negeri telah dibenarkan, orang ramai dinasihatkan agar terus mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri demi melindungi diri dan keluarga dari wabak pandemik.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply