Tiada perarakan kemerdekaan

0

Negara bakal meraikan ulangtahun Kemerdekaan negara yang ke-63 tidak lama lagi.

Lazimnya, pelbagai acara akan dianjurkan oleh banyak pihak bagi memeriahkan suasana sambutan yang dihadiri oleh warga tempatan.

Hari ini kerajaan memutuskan tiada perarakan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata kebenaran aktiviti pembarisan masih lagi tidak diluluskan oleh kerana aktiviti seperti ini melibatkan perhimpunan yang besar serta kawalan kendiri penjarakkan sosial juga sukar untuk dipatuhi.

“Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu hari Merdeka bukan sahaja aktiviti perarakan diadakan tetapi banyak program-program sampingan yang lain.

“Antaranya pelancaran bulan kemerdekaan, pelancaran mengimbar jalur gemilang dan berbagai-bagai lagi acara sambutan 31 Ogos,” kata beliau.

Tegas beliau lagi sehingga kini perkara-perkara yang melibatkan perhimpunan masih tidak dibenarkan dan tidak ada dalam jadual.

Walau bagaimanapun, untuk kesahihan selanjutnya pihak kerajaan akan mengumumkan isu berkaitan perkara ini.

PKPP : SETAKAT HARI INI TIADA KEBENARAN PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN#KitaMestiMenang#COVID19malaysia…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Wednesday, 8 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply