Friday, July 19, 2024
HomeBERITAJENAYAHKes video intim : Tiada perdakwaan, forensik gagal kenalpasti suspek - Tommy...

Kes video intim : Tiada perdakwaan, forensik gagal kenalpasti suspek – Tommy Thomas

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah memutuskan tiada pendakwaan berhubung kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Menurut Tan Sri Tommy Thomas, setelah menyemak keterangan yang dikumpul dan dikemukakan oleh pihak polis kepada Jabatan Peguam Negara, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara menyarankan tiada pertuduhan akan dibuat berhubung isu video terbabit.

Tambahnya, seperti amalan biasa, kertas siasatan boleh dibuka semula jika keterangan baru diperolehi.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berserta pihak mahkamah telah mengadakan beberapa perbincangan untuk menyemak hasil keterangan yang diberikan berhubung rakaman video seks yang dikumpulkan oleh pihak PDRM sejak Jun 2019 dan ia dilakukan secara bersama”.

“Siasatan mengikut seksyen 377B dan 377D kanun keseksaan, ramai saksi ditemubual, selain tangkapan dan reman beberapa saksi berkaitan,” ujar Tan Sri Tommy.

“Ketika siasatan pelbagai prosedur harus dipatuhi dan diikuti antaranya proses undang-undang, keperluan prosedur dan teknikal untuk analisis forensik. Perkara ini termasuk menangani kekangan dan prosedur kerajaan untuk mendapatkan kelulusan kewangan tambahan bagi membolehkan PDRM melengkapkan penyiasatan”.

“Pernyataan saksi telah direkodkan oleh pihak polis malah keterangan dokumentari juga dikumpulkan dan analisa forensik adalah sebahagian kertas siasatan yang dirujuk kepada jabatan ini untuk keputusan, “ katanya.

Tan Sri Tommy turut memberitahu, video berkenaan telah dihantar untuk ditentukan ketulenan dan pengecaman wajah dalam dan luar negara.

Malah Cyber Security Malaysia juga telah membuat kesimpulan, meskipun video terbabit tulen namun pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah yang mana analisis sudah dijalankan.

“PDRM telah menghantar video berkenaan untuk dianalisa secara bebas oleh pakar forensik di Amerika Syarikat dan menerima keputusan analisa pada Disember lalu ,” tambahnya lagi.

“Laporan bebas ini mengesahkan dapatan CyberSecurity antara lainnya, ‘kegagalan mengenal pasti individu-individu dalam video tular itu disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video dan rangka video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas’.

“Laporan telah mengesahkan dapatan kedua-dua laporan di atas bahawa pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara konklusif berdasarkan analisa pengecaman wajah dan PDRM juga telah menerima suatu laporan analisa yang dilakukan oleh orang persendirian dengan rela hati,” tambahnya lagi. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments