Saturday, July 13, 2024
HomeBERITATiada pencerobohan PATI di sempadan negara termasuk laluan tikus

Tiada pencerobohan PATI di sempadan negara termasuk laluan tikus

Tiada pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikesan di sempadan negara termasuk di laluan tikus setakat ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sempadan negara di kawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Sempadan Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi memastikan tiada pencerobohan masuk ke negara.

Kawalan dan pemantauan akan dipertingkatkan di semua jalan tikus bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang mungkin dibawa oleh PATI.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga akan mengambil tindakan tegas menghalang dan mengusir sebarang pencerobohan di kawasan perairan negara.

TIADA PENCEROBOHAN PATI DI SEMPADAN NEGARASempadan negara kita dikawal rapi oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan AKSEM….

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 13 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments