Friday, July 19, 2024
HomeBERITATiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md...

Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat – Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof

Yang di-Pertua Dewan Rakyat,  Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan TIADA Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 2 Mac (Isnin).

Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff berkata beliau menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Interim,memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada hari Isnin, 2 Mac 2020.

“Namun demikian, saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan setakat ini tiada notis dikeluarkan.

“Di samping itu, saya juga berpandangan bahawa keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan proses pemilihan Perdana Menteri, ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments