Thursday, May 23, 2024
HomeBERITATewas dalam Whisper Challenge, Syatilla dipaksa bermain futsal

Tewas dalam Whisper Challenge, Syatilla dipaksa bermain futsal

Pengikut Syatilla Melvin di laman Instagram pasti sering melihat bermacam aktiviti pelakon terbabit bersama keluarganya.

Baru- baru ini Syatilla Melvin memuat naik satu gambar dimana dia terpaksa memakai baju suaminya Shaheizy Sam kerana telah kalah dalam permainan Whisper Challenge bersama suaminya.

Akibat dari kekalahannya, Syatilla telah didenda untuk melakukan aktiviti kegemaran Sam iaitu bermain futsal.

Namun yang lebih mencuit hati apabila Syatilla perlu memakai ‘heel’ kesayangannya bagi menggantikan kasut futsal.

Dengan memakai turban hitam, berbaju jersi hijau, seluar pendek merah, stoking panjang berwarna hitam ditambah dengan heels yang berwarna putih, Syatilla tidak ubah seperti buah tembikai.

Para pengikut ibu kepada sepasang cahaya mata ini sangat terhibur dengan telatahnya yang bersahaja dan sporting.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments