Saturday, May 25, 2024
HomeBERITATeruslah duduk di rumah!

Teruslah duduk di rumah!

Apa yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia kini?

Teruslah berada di rumah dan ikuti peraturan PKP fasa kedua yang masuk hari ketujuh ini bagi membantu usaha mendatarkan graf peningkatan kes penyakit COVID-19 serta mencapai sifar jangkitan dalam negara.

Hari keenam PKP fasa lanjutan menyaksikan jumlah individu yang ditahan kerana ingkar di seluruh negara meningkat sebanyak 51 peratus kepada 554 orang berbanding 368 orang pada hari Sabtu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan angka itu mungkin kerana ramai yang mengambil kesempatan keluar rumah sempena hari minggu.

“Ini suatu yang dikesali kerana hujung minggu bukankah masa untuk rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai.

“Pihak barisan hadapan sedang bertungku lumus tanpa mengira jam dan minit bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan,” kata beliau.

Ayuh teruslah berada dirumah bantu barisan hadapan kekang COVID-19.

PKP : TERUSKAN DUDUK DI RUMAHAyuh seluruh rakyat Malaysia teruskan duduk di rumah dan patuhi Perintah Kawalan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 06 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments