Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Adham Baba menasihati orang ramai agar mengamalkan kebiasaan baru (norma baharu).
Norma baharu ini adalah satu kemestian ketika mana dunia sudah tidak lagi sama seperti dahulu akibat wabak COVID-19.
Selain itu, penjarakkan sosial juga amat penting disamping memastikan penjagaan kebersihan diri termasuk mencuci tangan sekerap mungkin adalah kerana ianya antara asas ‘new norm’ yang ditekankan sejak lebih sebulan lalu.
Mengamalkan kebiasaan baru adalah satu kemestian ketika mana dunia sudah tidak lagi sama seperti dahulu akibat wabak…
Dikirim oleh Dr Adham Baba pada Minggu, 03 Mei 2020
Justeru, apabila sebahagian sektor ekonomi kembali dibuka menerusi 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 (𝗣𝗞𝗣𝗕), maka kebiasaan baru ini mesti menjadi perkara pertama yang terlintas difikiran pada setiap masa.
“Dan kerana dunia yang sudah berubah akibat COVID-19, tindakan kita juga harus bersesuaian dalam mencegah jangkitan tersbabit.
Antaranya penekanan bekerja dari rumah, mewujudkan jadual waktu kerja anjal serta bermesyuarat tanpa perlu bersemuka.
“Selain itu, majikan perlu memastikan jarak selamat di tempat kerja seperti mana SOP yang dikeluarkan.
“Bagi pengusaha premis makanan, patuhilah syarat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat menerusi pendekatan penjarakan sosial,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, keputusan Malaysia ini dibuat selepas memenuhi kesemua kriteria strategi keluar yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekaligus membuktikan kerja keras semua pihak berjaya meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 serta ini lah masanya rakyat menunjukkan disiplin dalam mengamalkan kebiasaan baru.
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply