Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAKenali haiwan dua alam di Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung Bota Kanan

Kenali haiwan dua alam di Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung Bota Kanan

Tahukah anda bahawa tuntung merupakan salah satu spesies haiwan terancam dan hampir pupus?

Populasi tuntung di Malaysia termasuk di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan teruk dalam tempoh 30 tahun.

Ia dijangka menghadapi kepupusan sekiranya tiada langkah pemuliharaan diambil terhadap hidupan liar dua alam ini.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung Bota Kanan terletak di daerah Perak Tengah, kira-kira 50 kilometer dari bandaraya Ipoh.

Terletak berhampiran dengan tebing sebelah kanan Sungai Perak, meliputi kawasan berpasir dengan keluasan lebih satu hektar dan mula ditubuhkan pada tahun 1968 dan merupakan pusat konservasi tuntung yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Pusat Konservasi Tuntung ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Perhilitan negeri Perak dalam menangani permasalahan kepupusan tuntung di samping bertindak untuk memulihara ekosistem tuntung.

Selain itu, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam mahupun luar negara termasuk pelajar untuk mengkaji spesis tuntung dan habitatnya demi kebaikan generasi masa hadapan serta berupaya menjadi aset pelancongan popular, kompleks ini juga bertindak bagi generasi muda mengenali juga menjalankan kajian mengenai tuntung.

Dalam lawatan ke Pusat Konservasi Tuntung ini, kami bukan sahaja berpeluang melihat dan memahami habitat tuntung malah dapat meninjau seluruh persekitaran kawasan dengan penerangan terperinci yang disampaikan oleh Pembantu Hidupan Liar, Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung Bota Kanan, Mat Zaini Zabidi.

Disini terdapat pelbagai kemudahan dalam usaha memelihara spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta bilik pameran.

Pusat ini terdiri daripada sebuah bangunan pentadbiran yang mempunyai pejabat, bilik kuliah, makmal dan ruang legar untuk pameran.

Selain itu terdapat empat buah kolam ibu, sebuah kolam anak dan tapak penetasan di sekitar kawasan pusat ini untuk menempatkan tuntung dewasa bertelur, anak-anak tuntung yang baru menetas dan untuk proses pengeraman telur-telur tuntung.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments