MARYLAND AS : Menurut Laporan dikeluarkan John Hopkins University Center for Systems Science and Engineering, setakat jam 5.00pm waktu tempatan 1364 disahkan positif Wuhan Coronavirus (2019-nCoV) di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, 41 kematian telah direkod.
Manakala 28 kes pula telah disahkan pulih.

Berikut pecahan kes positif Wuhan Coronavirus mengikut negara.
China mencatatkan 1320 kes manakala Hong Kong dan Thailand masing-masing 5 kes.
Terbaru Perancis, Malaysia, Singapura dan Taiwan menyaksikan masing-masing 3 kes positif Wuhan Coronavirus.
Jepun, Macau, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Vietnam 2 kes.

Menurut laporan media, sebahagian besar negara-negara di dunia kini dalam langkah berjaga-jaga menyekat kemasukan semua pelancongan dari China.
Dikhabarkan Vietnam telah menghantar pulang 500 pelancongan dari Wuhan serta-merta.
Australia dan Nepal merekodkan masing-masing satu kes
–THE MALAYA POST
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply