Oleh : Saiful Bukhari Azlan
Ramai yang marah pada Tun Dr. Mahathir kerana buat u-turn di saat akhir, juga kerana tergamak bersama-sama DAP. Ia terpulang, itu hak masing-masing.
Namun pada saya, secara peribadi, saya amat berterima kasih pada beliau.
Sebab apa?
Umum mengetahui bahawa saya ini bukan ahli mana-mana parti politik. Saya hanya menerima dan menyokong sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan Anwar Ibrahim.
Penglibatan saya secara tidak langsung sebagai aktivis politik hanya kerana saya tidak dapat menerima Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara peribadi, apatah lagi membenarkan beliau menerajui negara sebagai Perdana Menteri, sehingga saya sanggup bertanding atas tiket BEBAS menentang beliau di PRK Port Dickson walau saya tahu bahawa saya akan kalah.
Justeru, atas dasar itu, saya secara peribadi menghargai langkah Tun Dr. Mahathir kerana di saat akhir, menerima pencalonan dari Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri, yang mana sekali gus menafikan pencalonan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8.
Politik ini seni serba mungkin, adakalanya sukar dibaca dan adakalanya langsung tidak dapat dibaca.
Tahukah anda, menurut sumber terdekat, pada Jumaat malam, sokongan Ahli Parlimen terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah pun mencapai sokongan 104 Ahli Parlimen. Tinggal “nego” sahaja beberapa Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Namun, di sebelah pagi Sabtu, Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk sokong Tun Dr. Mahathir pula sebagai calon PM, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula terpaksa akur, lalu menyokong Tun Dr. Mahathir.
Di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih, kerana beliau, secara tidak langsung, dengan sengaja atau tidak sengaja, menafikan peluang Dato’ Seri Anwar ditabal PM ke-8.
Juga, sebagai rakyat jelata, berterima kasih atas jasa dan pengorbanan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Negara sepanjang menjawat jawatan sebagai PM4, PM7 dan PM Interim.

Diharap, satu hari nanti, segala pertelingkahan antara Tun Dr. Mahathir dan parti beliau, serta parti-parti Melayu dapat menemui jalan penyelesaian dan perdamaian.
Manusia hanya merancang, namun Allah SWT juga yang menentukan segalanya. Setiap yang berlaku itu pasti ada HIKMAH, dan maksud tersirat.
Semoga Tun terus diberi perlindungan dan kesihatan ????
“Thus the expert in battle moves the enemy, and is not moved by him.” – Sun Tzu
“A good commander is benevolent and unconcerned with fame” – Sun Tzu
“The opportunity to secure ourselves against defeat lies in our own hands, but the opportunity of defeating the enemy is provided by the enemy himself” – Sun Tzu
“All warfare is based on deception” – Sun Tzu
SAIFUL BUKHARI AZLAN
1HB MAC 2020 1830HRS
*Gambar ini di ambil selepas isteri saya menemuramah Tun M di Yayasan Al-Bukhary pada 7hb Feb lalu.
Temuramah itu turut menyentuh tentang peralihan kuasa.
Boleh tonton di sini:

Leave a Reply