Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITATerima Kasih PM! Kerajaan negeri dan rakyat Perak zahir rasa syukur terhadap...

Terima Kasih PM! Kerajaan negeri dan rakyat Perak zahir rasa syukur terhadap pengumuman Perdana Menteri

Berikutan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan penghargaan terhadap tindakan mulia Perdana Menteri yang mendengar dan memahami keluh kesah rakyat

Beliau mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Perak merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin di atas pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi menangani wabak COVID-19.

“Dalam krisis wabak COVID-19 ini, Kerajaan Persekutuan “has step-up to the challenge” (membuktikan kewibawaan) bagi membuktikan pentadbiran pusat adalah kerajaan yang amat-amat prihatin dan pakej rangsangan yang diumumkan amat menyeluruh dimana kita dapati tiada pihak yang tercicir”, ujar beliau.

Tambah beliau, yang paling menarik perhatian adalah tanggungjawab bersama hasil kepimpinan Perdana Menteri dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan sedia ada sekaligus membolehkan pelbagai pihak menggembleng tenaga.

Menurutnya, pihak bank, pihak swasta dan semua pihak yang bergabung membolehkan pakej rangsangan dihasilkan dengan baik serta semua pihak patut bersyukur dengan pakej berkenaan yang dilihat cukup prihatin seiring dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Terima Kasih Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments