Saturday, July 13, 2024
HomeBERITATerima Kasih Abah! Pemuda berbakat lukis wajah Perdana Menteri dengan ‘pencil sketch’...

Terima Kasih Abah! Pemuda berbakat lukis wajah Perdana Menteri dengan ‘pencil sketch’ dikagumi ramai

Kewibawaan pemerintah Malaysia dalam menangani pelbagai masalah negara terutamanya ancaman wabak COVID-19 yang sedang dihadapi negara sangat dihargai rakyat malah kejayaan tindakan pantas kerajaan dipuji dunia.

Segala bentuk tindakan susulan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat nyata mampu mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Sebagai tanda terima kasih, pelbagai bentuk penghargaan telah disampaikan oleh rakyat kepada pemimpin yang dikasihi.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook milik Aqef CJ, anak muda tempatan yang berbakat besar telah menghasilkan potret wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda penghargaan di atas jasa-jasa beliau.

Memetik kata-katanya, Aqef CJ sama sekali tidak menyangka rakaman langsung ketika melukis wajah Perdana Menteri meraih lebih dari 20 ribu jumlah tontonan dan ribuan tanda suka.

Malah rakamannya turut dikongsi semula di laman media sosial yang lain.

Berbekalkan pensil ‘mix charcoal’ dan canvas bersaiz A3, dia terkejut apabila mendapat tahu hasil seninya itu menjadi rebutan dan ingin dibeli dengan harga sehingga ratusan ringgit.

Menghargai komen positif yang diterima, dia berjanji akan berkarya lagi pada masa akan datang demi memenuhi permintaan ramai.

Tiada niat mencari publisiti, anak muda ini menjelaskan keinginanannya untuk menghadiahkan lukisan terbabit kepada Perdana Menteri sebagai tanda terima kasih.

Walaupun tidak tahu bila dan bagaimana, dia berharap suatu hari nanti dia akan berkesempatan untuk menghadiahkan potret berkenaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan berkongsi wajah Perdana Menteri kesayangan ramai, Aqef CJ menulis, “Terima Kasih Abah”

“Alhamdulillah siap. Struggle jugak dan Lama juga progress dia sebab saya ni tak ada la pandai sangat ya. Terima kasih semua yg share , like , komen sampai beribu orang tengok. Tak sangka jgk Lukisan biasa ni pun “View Close” masa saya buat live cecah 20K tontonan nya. Terima kasih ya.

“Misi besar saya untuk lukisan ni dan niat saya nak hantar dekat beliau sebagai tanda penghargaan. Tapi saya tak tahu macam mana nak hantar. In sha Allah kalau sampai dekat dia rezeki. Tak sampai kita akan simpan buat koleksi.Terima kasih.

“Paling saya terkilan bila ada yang bid , yg offer sampai beratus ringgit . In sha Allah kalau ada rezeki saya jual.. Ada juga yang cuba viralkan Tweet kan di Tweeter, share dekat group, Hairan juga saya dengan lukisan yang tak seberapa ni..Terima kasih untuk mereka yang follow hari2 live progress sampai 2 3 pagi. Semoga murah rezeki semua ❤️🇲🇾

“Maaf saya tak kejar publisiti. Saya hanya puas dengan lukisan tangan saya yang tak seberapa. Penghargaan ini lebih dari segalanya.

“Terima kasih TSMY diatas segala pengorbananmu. Semoga dalam Rahmat Allah selalu. ♥️🇲🇾

“Ikhlas dari saya dan adik ya. Sekeping lukisan yang bertajuk “Terima Kasih Abah” yang merupakan insan yang hebat untuk negara dan semua rakyatnya.

“Simpan sini untuk kenangan dan perkongsian untuk semuanya. ❤️🇲🇾

“Sekian. Terima kasih❤️🇲🇾”

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2671956766463442&id=100009474341687

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments