Kerajaan Terengganu dijangka akan memperolehi wang royalti sebanyak RM700 juta pada Mac depan.
Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata wang tersebut adalah merupakan bayaran wang royalti minyak petroleum.
Tambah beliau lagi, kerajaan akan menerima bayaran tersebut sebanyak dua kali setahun pada bulan Mac dan September.
“Apa yang akan diterima itu nanti adalah kiraan kasar sebelum pemotongan hutang sebanyak 25 peratus.
“Oleh itu kita jangka bulan Mac nanti tanpa pemotongan kita dapat dalam RM700 juta,” katanya. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply