Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITATerengganu batal penganjuran bazar Ramadhan tahun ini

Terengganu batal penganjuran bazar Ramadhan tahun ini

Mengambil kira keadaan mencabar yang dihadapi negara akibat jangkitan virus COVID-19, Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan tiada penganjuran bazar Ramadhan pada tahun ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu menyatakan keputusan mesyuarat ini bagi mencapai misi pembasmian wabak dilakukan sepenuhnya.

Jika penganjuran bazar diteruskan, ia berisiko berlakunya kontak rapat adalah sekaligus menjadikan penularan semula virus yang akan terus berlanjutan.

Atas dasar itu, kerajaan negeri menyarankan kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan mencari alternatif lain yang sesuai digunapakai untuk meneruskan perniagaan seperti berikut:

i) Mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online).

ii) Perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi sebarang bentuk produk termasuk makanan.

iii) Menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments