Istimewa sungguh menonton berita malam ini apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli sudi membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.
Ia bersempena sambutan ulang tahun ke-75 stesen televisyen nasional tersebut.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman tampil kira-kira 15 minit dalam slot Berita Perdana Khas terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Menurut penerbit Berita Perdana Khas, Khairul Azli Rahim, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.
“Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu.
“Saya mewakili pihak produksi dan krew penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini,” ujar Khairul.
Tatarias wajah dan busana Tengku Permaisuri Norashikin disediakan oleh Unit Imej dan Solek RTM.
Baginda yang pernah berkhidmat bersama RTM dinobatkan sebagai Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005.
Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply