Thursday, October 17, 2024
HomeBERITATDM tubuh lembaga siasatan

TDM tubuh lembaga siasatan

Tentera Darat Malaysia akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenalpasti punca kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya 36 tahun.

Menurut satu kenyataan akhbar dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, TDM, latihan demonstrasi keupayaan berkenaan telah dilaksanakan bermula 26 Ogos lalu.

Namun, semasa pelaksanaan demonstrasi pada hari sebenar telah berlaku situasi yang menyebabkan kemalangan jiwa terbabit.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya adalah pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerakkhas, Kem Sungai Udang, Melaka.

Allahyarham yang berasal dari Kuala Lumpur meninggalkan seorang balu dan 5 anak berusia antara 9 tahun hingga 5 bulan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments