Saturday, May 25, 2024
HomeDUNIATawaran hebat bersyarat! Berbikini dan berkasut tumit tinggi untuk isi petrol percuma

Tawaran hebat bersyarat! Berbikini dan berkasut tumit tinggi untuk isi petrol percuma

Posting seorang pelayar Twitter bernama @ArcherMishale mula menjadi perhatian ramai apabila dia memuatnaik foto yang memaparkan beberapa orang lelaki memakai bikini.

Sebuah syarikat menjual petrol di Rusia dipercayai menawarkan pengisian petrol percuma kepada para pelanggan dengan bersyarat, mereka harus ber’bikini’.

Ternyata tawaran istimewa itu mendapat sambutan hebat dan orang ramai tidak melepaskan peluang membanjiri stesen petrol berkenaan.

Tanpa disangka tawaran itu majoriti dipenuhi oleh kaum lelaki yang tampil ber’bikini’ semata-mata ingin merebut peluang mengisi petrol secara percuma.

Aksi berani tanpa segan silu memakai bikini yang dipadankan bersama kasut tumit tinggi supaya kelihatan lebih seksi sudah tentu membuatkan orang ramai geli hati melihat gelagat mereka.

Malah para pelanggan lain yang turut berada di premis terbabit begitu teruja merakam dan mengambil gambar mereka sewaktu ‘free show’ itu berlaku.

Hai macam-macam cerita.

Jangan pula di Malaysia pun ada tawaran seperti ini hihihi…

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments