Tauge sejenis sayuran yang sering digunakan di dalam masakan seperti mee goreng, mee sup serta boleh dimakan secara mentah kerana ianya bersih daripada racun kulat atau serangga.
Tauge kaya dengan vitamin A dan C, mineral, asid amino, protein serta merupakan sumber kalsium yang tinggi.
Sayur tauge banyak manfaat khususnya untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Pengamal diet sering menggunakan tauge sebagai bahan utama untuk hidangan diet berkalori rendah yang memudahkan proses pencernaan.
Selain itu, tauge juga dapat membantu dalam proses tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak dan membantu pembentukan sistem saraf otak lebih cepat.
Di samping itu, kandungan serat tinggi dalam air tauge dapat mendorong melancarkan proses pembuangan air besar dan kandungan antioksidan dapat meningkatkan daya tahan sistem imunisasi yang lebih kuat.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply