Monday, June 17, 2024
HomeBERITATask force laksana 79,961 operasi pematuhan SOP PKPB

Task force laksana 79,961 operasi pematuhan SOP PKPB

Task force operasi pematuhan telah melaksanakan 79,961 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi terbabit telah dilaksanakan oleh 3,532 Pasukan Pematuhan yang melibatkan seramai 19,023 anggota di seluruh negara.

“Sebanyak 5,087 pasaraya, 4,785 restoran, 742 penjaja , 1,199 kilang serta 3,832 buah bank telah diperiksa.

“Pemeriksaan juga dibuat di 1,068 terminal pengangkutan darat, 205 terminal pengangkutan air dan 196 terminal pengangkutan udara.

“Pasukan task force juga telah memeriksa sebanyak 33,257 buah kenderaan persendirian, 2,252 kenderaan awam dan 255 vessel,” jelas beliau.

Turut diperiksa adalah 2,242 pasar awam, 4,297 tempat ibadah, 1,464 tempat riadah dan 723 tapak binaan.

PKPB : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN 22 MEI…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 22 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments