Terkini, kelibat Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berada di perkarangan Istana Negara awal pagi tadi.
Difahamkan Pengerusi BERSATU itu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah berhubung isu dalaman parti dan situasi politik negara yang berlaku kini.
Dilaporkan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 40 minit dan selepas itu beredar keluar dari perkarangan Istana Negara.
Tan Sri Muhyuddin turut bersama-sama dengan beberapa Ahli Pemimpin lain iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply