Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATan Sri Muhyiddin akui hilang majoriti, enggan korbankan prinsip bersekongkol dengan kumpulan...

Tan Sri Muhyiddin akui hilang majoriti, enggan korbankan prinsip bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat

Tan Sri Muhyuddin Yassin berkata rayuan ikhlas dari jutaan rakyat Malaysia agar beliau meneruskan tugas dan tidak meletak jawatan telah didengari.

Pun begitu ia tidak dapat disambut kerana telah kehilangan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, demikian kata Tan Sri Muhyiddin dalam perutusan khas, hari ini.

Tegasnya, beliau telah melakukan pelbagai ikhtiar hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) setidak-tidaknya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi.

“Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat. Bagi saya, apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya,” katanya dalam perutusan khas, hari ini.

Tambahnya peletakan jawatanya itu selaras dengan sumpah jawatan untuk sentiasa menjunjung, melindungi dan mempertahan Perlembagaan.

Dalam pada itu, beliau tidak sesekali mengorbankan prinsipnya untuk bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat dengan mencampuri bidang kuasa badan kehakiman.

Tegas Tan Sri Muhyiddin, beliau boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip untuk kekal sebagai Perdana Menteri namun itu bukan pilihannya.

“Enam tahun yang lalu, saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana saya mempertahan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1MDB.

“Saya berjuang, saya berkorban, akhirnya Allah mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri. Namun, telah ditakdirkan bahawa hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi.

“Sesungguhnya, jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan. Ia datang dengan suatu bebanan tanggungjawab yang berat. Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments