Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITATan Sri Idrus Harun dilantik Peguam Negara

Tan Sri Idrus Harun dilantik Peguam Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh 2 tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020.

Memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan YBhg. Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020.
Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments